Aku Sebuah Radio
Nama
aku Suria. Aku ialah sebuah radio. Aku dibuat daripada plastik dan
besi. Aku mempunyai beberapa butang yang boleh dilaras untuk mendengar siaran radio di seluruh negara. Di samping itu, aku juga berfungsi sebagai alat pemain cakera padat.
Aku
diproses di sebuah kilang elektronik. Setelah semua komponen aku
lengkap diisi, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap
diperiksa, aku dibungkus dan dihantar ke kedai menjual peralatan
elektrik.Sampai sahaja di kedai menjual peralatan elektrik, aku dan
kawan-kawanku dipamerkan di rak kaca yang disediakan.
Aku
berharga RM115. Sejak hari itu, aku dan kawan-kawanku menunggu untuk
dibeli oleh pelanggan. Pada suatu hari, seorang wanita datang untuk
membeli sebuah radio untuk anaknya. Dia tertarik akan rupa bentuk aku.
Setelah meneliti keistimewaan aku, dia pun membeli aku.
Kemudian,
aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku dihadiahkan kepada anaknya yang
bernama Amri. Amri gembira kerana dapat memiliki aku. Amri menggunakan
aku hampir setiap hari tanpa henti. Aku dibuka dengan suara yang kuat
sehingga membingitkan telinga abangnya, Ifran yang sedang belajar.
Pada
suatu hari, kesabaran Ifran tidak dapat disekat lagi. Ifran sangat
marah karana Amri membuat bising dengan membuka suara aku dengan kuat.
Dia menegur perbuatan Amri itu tetapi tidak diendahkan. Semasa mereka
sedang bergaduh, Ifran dengan tidak sengaja telah menolak aku ke lantai.
Aku terhempas ke lantai lalu pecah. Banyak komponen-komponen di dalam
badanku tercabut.
Akhirnya,
aku tidak dapat digunakan lagi. Aku berasa sangat sedih.Aku telah
dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagai sebuah
radio.