Aluan

LINUS

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) NKRA. 

 National Key Result Areas (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai Literasi dalam Bahasa Melayu dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan sekolah rendah. Oleh itu, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) ini dirangka dan dilaksanakan dengan menghasilkan modul P & P berkonsepkan masteri, ansur maju, didik hibur dan penggabungjalinan. 

 APA ITU LINUS?

 LINUS ialah akronim bagi "Literacy dan Numeracy Screening".LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas litersi dan kemahiran asas numerasi semasa di Tahap1 sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid - murid yang mempunyai masalah 3M,(membaca,menulis,mengira). 

 MATLAMAT PROGRAM LINUS.

 Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid yang berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti Program LINUS.

" SETIAP KANAK - KANAK BERHAK UNTUK BOLEH MEMBACA "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan