"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
Aluan
Jumaat, 20 Julai 2012
Khamis, 19 Julai 2012
Selasa, 17 Julai 2012
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut.
Namaku Shahila. Kawan-kawan panggilku Ila sahaja.
Walaupun usiaku sudah 12 tahun namun badanku kecil dan kurus. Kawan-kawan
selalu kata aku macam budak darjah dua. Aku tidak pernah ambil hati dengan
kata-kata itu kerana memang benar bentuk badanku kecil. Kata ibu, semasa aku
dilahirkan, aku seperti bayi normal yang lain malah badanku montel sekali.
Sesiapa sahaja yang datang melihatku pada ketika itu pasti akan mencubit pipiku
yang montel. Namun, sejak berusia setahun badanku semakin hari semakin susut dan
sehinggalah aku disahkan menghidap penyakit thalasemia. Ibu dan ayahku terpaksa
reda dengan keadaan yang berlaku.
Keadaan
diri aku tidak segagah kawan-kawanku yang lain. Badanku lemah dan aku mudah
penat. Menurut doktor, badanku tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang normal.
Hemoglobin ialah bahan yang menghasilkan warna merah dalam sel darah. Wajah aku
sentiasa kelihatan pucat dan lesu. Aku mudah sesak nafas dan aku tidak terdaya
untuk melakukan kerja-kerja berat. Apabila melihat kawan-kawan bermain di
padang, ada hati juga aku hendak menyertai mereka tetapi
apakan daya, aku tidak bertenaga seperti mereka. Aku hanya mampu memandang
mereka dari luar padang sahaja.
Sebaik
sahaja Cikgu Raihan habis mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, loceng rehat
pun berbunyi. Kawan-kawan aku mula bergegas untuk ke kantin maklumlah mereka
masih belum bersarapan lagi. Aku tidak tergesa-gesa untuk ke kantin kerana
setiap hari, ibu akan membekalkan makanan kepadaku. Aku tidak perlulah bergegas
ke kantin untuk membeli makanan. Aku memang bertuah berada di Kelas 6 Gemilang
kerana kawan-kawan sering membantu. Dalam keadaan kesihatan aku yang sebegini,
ramai yang menghulurkan bantuan. Bukan sahaja kawan-kawan sekelas malah
guru-guru di sekolah sering bertanya khabar tentang kesihatan aku.
Aku
tidak pernah menjadikan alasan penyakitku ini sebagai penyebab untuk tidak
pergi ke sekolah. Malah aku gemar pergi ke sekolah kerana di sekolah ramai
kawan yang akan membantuku terutama dalam bidang pelajaran. Walaupun aku
berpenyakit, aku bukanlah pelajar tercorot dalam kelasku. Aku sentiasa menjadi
pelajar contoh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Kata Angela,
aku anak emasCikgu Tan dan Cikgu Raihan. Mengingatkan kata-kata Angela, aku akan
tersenyum sendirian. Walaupun Angela suka mengusik, namun aku menganggap
kata-katanya sebagai perangsang untuk aku terus maju dalam pelajaran dan
mengejar cita-citaku untuk menjadi doktor.
Walau
apa-apapun dugaan yang datang, aku harus menempuhnya dengan tabah kerana
penyakit yang aku hidapi ini bukanlahku pinta. Aku sentiasa mengingatkan diriku
agar jangan menyalahkan takdir kerana aku yakin Allah sayang akan diriku sebab
itu aku diberi ujian sebegini dalam usia yang amat muda. Aku tidak mahu
menyusahkan orang lain dan tidak mahu orang bersimpati dengan takdir yang
menimpa diriku. Aku harus berdikari. Aku juga berjanji untuk tidak mengecewakan
ibu dan ayah serta kawan-kawan di sekolah yang ingin melihat aku sihat dan
berjaya dalam pelajaran.
Jawab soalan berikut.
1. Mengapakah badan Sahila kurus dan kecil?.
A. Sahila baru berusia 12 tahun.
B. Sahila mengidap penyakit talasemia.
C. Sahila kelihatan seperti budak darjah 2.
D. Sahila memang begitu sejak dilahirkan.
2. Sahila tidak tergesa - gesa ke kantin pada waktu rehat kerana .....
A. dia tidak selera.
B. dia mahu membuat kerja sekolah.
C. dia membawa bekalan makanannya sendiri.
D. dia malu hendak berjumpa dengan kawan - kawannya.
3. Mengapakah Sahila menganggap dirinya bertuah?.
A. Dia menjadi anak emas kepada guru - gurunya.
B. Dia menjadi pelajar contoh di sekolahnya.
C. Dia sering mendapat perhatian daripada guru dan rakan - rakannya.
D. Dia sering mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
4. Yang berikut ialah pernyataan tentang diri Sahila kecuali...
A. Sahila mudah berputus asa.
B. Sahila seorang yang rajin belajar.
C. Sahila seorang yang bercita - cita tinggi.
D. Tiada satu pun di atas.
5. Rangkai kata ada hati dalam petikan bermaksud...
A. mempunyai kemahiran.
B. mempunyai keinginan.
C. mempunyai kemampuan.
D. mempunyai kesungguhan.
Isnin, 16 Julai 2012
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kata Hubung Berpasangan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
1. Adjektif Jati
2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.
B. Pangkat-pangkat Adjektif
A. Kata Kerja Transitif
Subjek ( pembuat )
| Kata kerja transitif
| penyambut ( Objek )
|
Dia suka
| membaca
| buku
|
Jamilah
| memukul
| seekor ular
|
Abidin
| menjual
| kuih-muih
|
Ramli
| berjalan
| ke sekolah
|
Kereta itu
| melanggar
| seekor lembu
|
Subjek ( pembuat ) | Kata kerja tak Transitif | keterangan |
Kami | mandi | di tasek itu. |
Dia | senyum | semasa berjalan |
Saya | menyanyi | dengan kuat |
Hassan | berjalan | ke sekolah |
Ahad, 15 Julai 2012
Ya Allah, limpahkanlah kami rezeki yang berlimpah, berkah & halal yang menyelamatkan kami & keluarga kami dari siksa api neraka, memasukkan ke dalam surga yang terindah disisiMu, juga untuk menolong saudara kami yang kesusahan. Lembutkanlah hati kami agar mengerti berempati dengan penderitaan sesama. Ya Allah, kabulkanlah doa kami. Amiin....
Sabtu, 14 Julai 2012
KATA GANTI NAMA
-
Kata Ganti Nama
- 1.Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
- 2.Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
- 3.Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
- 4. Kata ganti diri terdiri daripada:
- (a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
- (b)kata ganti diri singkat;
- (c) kata ganti tanya;
- (d) kata ganti tempat; dan
- (e) kata ganti tak tentu.
- Gantinama Diri
- Kata Ganti Diri Pertama
- 1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
- 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
-
Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua
- 3. Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
-
Bentuk contoh kata nama diri pertama tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang
- Kata ganti nama Diri Kedua
- 1.Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
- 2.Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
-
Bentuk
contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Diri Kedua Penggunaannya anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
- Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
- 1. Awak pekerja yang patuh
- 2. Kamu semua adalah murid yang baik
- 3. Guru mencari engkau.
- 4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
- 5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
- Kata Ganti diri ketiga
- 1.kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
- mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
- 2.Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
-
Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
- 3.Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
- 1. Dia pegawai pendiaikan
- 2. Mereka itu orang India.
- 3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
- 4. Ia diburu oleh pihak polis.
- 5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
- 6. Dia menolong bapanya.
- 7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
- 8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
- 9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
- 10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
- Ringkasan
-
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama ( Orang yang bercakap )
aku saya patik hamba
kami kita
Diri Kedua ( Orang yang dilawan bercakap )
awak kamu engkau encik cik saudara saudari tuan puan anda tuanku
awak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua kalian
Diri Ketiga ( Orang yang diceritakan halnya)
dia ia nya beliau baginda
mereka
- Kata Ganti Tanya
- 1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
- masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
- 2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
- 3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
-
Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan apakah
siapakah
manakah
bilakah
- bagaimanakah
- kenapakah
- mengapakah
berapakah
Kata Ganti Nama Penggunaannya apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat
- 4.Contoh ayat
- 1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
- 2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
- 3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
- 4. Nama pokok itu apa ?
- 5. Pemuda kacak itu siapa ?
- Kata Ganti Tempat
- 1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
- 2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
-
Kata Ganti Tempat
Penggunaannya sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap
situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana
Benda, orang, Binatang
ini, itu
- Tempat
- sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
- sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
- situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan
begini, begitu, demikian
- 3.contoh ayat
1. Ini langsat. 2. Itu kucing. 3. Pokok itu rendah sahaja. 4. Kereta Proton Wira ini cantik. - i. Saya belajar di sekolah itu.
Langgan:
Catatan (Atom)