Aluan

Selasa, 10 Julai 2012


 Aku Sebuah Radio



Nama aku Suria. Aku ialah sebuah radio. Aku dibuat daripada plastik dan besi. Aku mempunyai beberapa butang yang boleh dilaras untuk mendengar siaran radio di seluruh negara. Di samping itu, aku juga berfungsi sebagai alat pemain cakera padat.
Aku diproses di sebuah kilang elektronik. Setelah semua komponen aku lengkap diisi, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap diperiksa, aku dibungkus dan dihantar ke kedai menjual peralatan elektrik.Sampai sahaja di kedai menjual peralatan elektrik, aku dan kawan-kawanku dipamerkan di rak kaca yang disediakan.
Aku berharga RM115. Sejak hari itu, aku dan kawan-kawanku menunggu untuk dibeli oleh pelanggan. Pada suatu hari, seorang wanita datang untuk membeli sebuah radio untuk anaknya. Dia tertarik akan rupa bentuk aku. Setelah meneliti keistimewaan aku, dia pun membeli aku.
Kemudian, aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku dihadiahkan kepada anaknya yang bernama Amri. Amri gembira kerana dapat memiliki aku. Amri menggunakan aku hampir setiap hari tanpa henti. Aku dibuka dengan suara yang kuat sehingga membingitkan telinga abangnya, Ifran yang sedang belajar.
Pada suatu hari, kesabaran Ifran tidak dapat disekat lagi. Ifran sangat marah karana Amri membuat bising dengan membuka suara aku dengan kuat. Dia menegur perbuatan Amri itu tetapi tidak diendahkan. Semasa mereka sedang bergaduh, Ifran dengan tidak sengaja telah menolak aku ke lantai. Aku terhempas ke lantai lalu pecah. Banyak komponen-komponen di dalam badanku tercabut.
Akhirnya, aku tidak dapat digunakan lagi. Aku berasa sangat sedih.Aku telah dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagai sebuah radio.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan