Aku Sebuah Kereta
Nama
aku Perwira. Aku ialah sebuah kereta buatan Malaysia. Aku dibuat
daripada besi, plastik, getah dan kaca. Aku mempunyai badan, stereng,
kerusi dan roda. Stereng, brek dan pemacu aku berfungsi sebagai alat
mengawal kenderaan.
Aku
dibuat di sebuah kilang kenderaan di Shah Alam. Setelah semua komponen
badanku lengkap dipasang, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti.
Setelah siap diperiksa, aku dihantar ke pusat pameran jualan kereta.
Sampai sahaja di pusat pameran menjual kereta, aku dan kawan-kawanku
dipamerkan di ruang yang disediakan.
Badanku
berwarna merah dan berharga RM55,000. Sejak hari itu, aku dan
kawan-kawanku menunggu untuk dibeli oleh pelanggan. Pada suatu hari,
datang seorang wanita yang hendak membeli sebuah kereta untuk
kegunaannya sendiri. Dia tertarik akan warna aku. Setelah meneliti
keistimewaan aku, dia pun membeli aku.
Kemudian,
aku dipandu pulang ke rumahnya. Dia menggunakan aku hampir setiap hari
tanpa henti. Saban hari aku digunakan oleh tuanku untuk pergi bekerja
dan menghantar anaknya ke sekolah. Pada waktu malam pula, aku digunakan
oleh anak lelakinya untuk bersiar-siar dengan kawan-kawannya. Pada
ketika inilah aku berasa sangat tidak selesa kerana diperlakukan secara
kasar oleh anaknnya.
Pada
suatu malam, anak lelakinya menggunakan aku untuk menghadiri jamuan
hari jadi kawannya. Aku dipandu dengan laju melebihi had yang dibenarkan
oleh pihak berkuasa iaitu 130 km sejam. Aku gagal dikawal lalu terbabas
dan terlanggar sebatang pokok. Badanku remuk teruk dan anak tuanku
terkorban.
Akhirnya,
aku tidak dapat digunakan lagi. Aku dihantar ke kedai menjual besi
buruk. Begitulah riwayat hidupku sebagai sebuah kereta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan